Tuesday 22 March 2016

Tips and Tricks to Vietnam

Hai Asalamualaikum semua.

Harap korang semua sihat, okay?

Tempoh hari dalam facebook kak mona, Amalina Zainol kakmona ada berniat nak share tentang tips ke Vietnam. Baru share 2 tips, tetiba rasa macam panjang dan lebih details je ape yang kakmona nak bagi tahu dekat korang. So, kakmona decide nak announce dalam blog je lah, senang kan.


Boleh tulis banyak sikit ye dok. 

Okay, berkenaan trip ke Vietnam. Kakmona ke sana hanyalah kerana AA buat tix promo sahaja.
Kakmona kesana by group (suami, ayah, adik, kawan adik). So, basically memang kakmona tak study ape ape pun pasal the country. Lagipun my husband dah penah ke sana. So he should know everything i guess. Gituw.

Orait. FYI, tix 3 orang (kakmona, suami, dan Amanda - anakku umur 1tahun 5bulan) berharga about RM900+ plus 40kgs luggage. So, consider murah. Therefore, i grabbed the chance nak pegi tengok negara orang. Katanya.

Tiba hari yang dinantikan. Bergeraklah kitorang ke HCM naik AA. Hehe. Masuk kapal je terus tidur.
Amanda pun tidur jugak. Si suami semasa dalam AA, order Chicken Basil Rice. Sodap katanya.
Biasalah ! AA punye food memang A+. Kakmona suka.

Perjalanan tak bosan sangat sebab less than 2hours. So and so, bila sampai dekat airport, touch down je, kita semua naik bas yang disediakan untuk sampai ke pintu departure. Sebab jauh jugak lah tempat touch down dengan pintu terminal. Ken. Kalau jalan confirm basah ketiak.

Tips 1.
Bila sampai di airport, toilet tak da air ye kawan kawan.
Jadi kakmona nasihatkan letaklah botol air mineral kosong dalam handbag. Supaya botol tu boleh diisi dengan air bagi merealisasikan proses buang hajat semasa berada di dalam toilet.

Tips 2. 
Dari airport, kalau boleh naik Taxi yang berada di luar airport, tak payah amik cab dari kaunter tuh. 
Area luar banyak Taxi. Kami ambil Vinasun Taxi. Dari airport ke tempat penginapan kami CAT HOTEL di Bandar Ben Thanh mengambil masa kurang 30minit. Caj sebanyak 153,000VND sahaja. 
(VND - Vietnam Dong). Hati hati pilih Taxi, sebab kadang kala ada yang caj lebih. Paling mahal 180,000VND. Kalau lebih 180,000VND itu dah macam kena tipu je. 

Taxi from Hotel back to Airport, mintak hotel sediakan okay. Charge is 160,000VND. Jangan pandai pandai tahan taxi tepi jalan. Nanti cekik darah pulak. 

Tips 3.
Untuk pengetahuan korang, Duit dalam dong kami prepare untuk bayar taxi je. Selebihnya kami tukar dekat Vietnam. Dah lupa berapa rate. Tapi memang lebih untung kalau tukar RM di Vietnam. Tukar dekat money exchange kaunter tau. Ade je dekat pekan Ben Thanh tu. 

Tips 4.
Untuk memilih hotel, pilih lah hotel yang mengikut budget anda. Akan tetapi, silalah book hotel anda seawal mungkin. Sebab, kalau nak walk in especially musim Malaysia cuti sekolah. Alamatnya, kelaut lah. Memang tidur tepi jalan la jawabnya. Kakmona book hotel untuk 3 malam, tapi bila sampai di hotel dia boleh bagi 2 malam je, sebab malam ketiga nak bagi dekat orang lain. Eh eh, cenggitu pulak. Mana boleh. Dah nak kita tidur kat mana. So kakmona kata dekat dia. 
Jeng jeng jeng. 

Well, I already booked this hotel 2 months earlier. Do it as best as you can, make sure we can have our room on third night. You cannot ask me to find another hotel at this hour. 

Sampai hotel dah dekat 11malam, di bagitahu macam tu, eh eh no no no. No means No. Okay. 
Seb baik dapat jugak kan bilik. 

If I don't get my room, all of us will sleep on the sofa in front of your counter. Bahahahahaha. 
Berani kau tak nak bagi bilik dekat kakak kawasan ken.

Tips 5.
Bandar Ben Thanh ni kecik je, tempat kami menginap CAT HOTEL ni, kat sini banyak jugak hotel hotel yang lain. Dan kawasan ni je yang senang nak cari Halal Food - akan tetapi harga nya macam juling biji mata. Tak murah okay. Basically sorang makan dalam 100,000VND - RM18/pax.
So kalau setiap hari makan 3 kali, dah RM54. Boleh lah bawak maggi cup, roti and tuna, and anything kudap kudapan korang. Okay. At least dah jimat kat situ.

Tips 6.
Okay, masyarakat Vietnam kehidupan mereka tidaklah semewah kita. Mereka bekerja selama 15jam sehari. Can you just imagine. Basically, pada waktu siang mereka bekerja di Pasar Ben Thanh. Waktu malam, peniaga pasar tersebut akan mula buka gerai di kawasan Ben Thanh itu jugak untuk berniaga barangan yang sama, tapi pada harga yang lebih murah. Pasar malam bermula pada pukul 8pm dan berakhir pada pukul 1am. Masa ni cuaca udara dah start sejuk dan kawasan dah makin sunyi.
Tips keselamatan - Bila masuk ke dalam pasar, kalau boleh tak payah lah tengok tengok, jenguk jenguk atau layan para penjual dalam pasar. Bukan ape, sekali kita sentuh barang diorang dan diorang dah start pegang baju kita. Habislah. Lagi teruk dari Petaling Street pun ada. Kemain kau. Semua macam samseng especially bila kita dah start nego. Kau jangan. Tangan kakmona kena sentap dan ditarik kot - masa ni rasa macam nak bagi buku lima je dekat perempuan tuh. Nasib baik kaki kakmona terpijak selipar dia and selipar tuh tercabut dan perempuan tu nak terjatuh. Ei, sampai ke hari ni ku rasa cam nightmare je. Bila perempuan tu macam nak terjatuh, cepat cepat kakmona blah.
Gila ganas. So, kakmona nasihat, kalau korang masuk pasar ni, just jalan jalan terus je. Pandai pandai tau. Kang kena seret, ah-ha mak tak tahu.

Tips 7.
Proses tawar menawar semasa membeli.
Harga kat Vietnam memang murah sangat sangat and terasa macam lebih murah dari Bandung.
Especially barangan baju seluar sukan brand NIKE - sebab memang produce dekat sana.
Tapi, awal awal harga dia letak memang gila tinggi LIKE 450,000VND (RM80 cth untuk dri fit long pants). Korang bayangkan, seluar panjang Dri-Fit NIKE tu harga bila convert to RM hanyalah RM27 kot. Itupun sebab dah malas nak nego. Mana dapat bhai harga macam tu dekat downtown/uptown. Kualiti memang baik punye. Yang best nya siap ade tagging usd$32 lagi. Hehe. So, please kena bargain gila gila. And tawar je harga tak masuk akal. Pendek kata kalau dalam ringgit, dia bagi RM50, bargain sampai dia jual RM10. Tengoklah jugak, sebab ade je penjual yang ikhlas berniaga. Gituw.

Handbag? 
Handbag kat sini memang buntang mata.
Goat Skin senang senang je leh dapat RM80 - RM100. Trust me. Brand Mulberry, MK just name it.
Semua ada. Alah, kakmona pakai je mana mana brand. Tak berkudis pun, InshaAllah. Tapi tak tahu la kan kalau kalau esok jadi jutawan. Amin amin Ya Allah.

And again, kalau harga tu mencanak biji mata macam 1,000,000VND, kurangkan sampai 150,000VND je ye adik kakak. Satu hal, tak tahu lah kenapa diorang ni kemain nau parang harga tinggi tinggi. Last last kalau kita buat buat tak jadi beli, dia panggil kita balik and setuju saje dengan harga yang kita letak. Kau biasa kan buat perangai macam ni, nyampah mak.

Tips 8. 
Ingat, untuk shopping dan makan makan. Bayar dalam dong tau. Jangan bayar dalam RM. Sebab bila diorang charge you guys in dong. Diorang siap markup dalam RM7 - RM10. So, just imagine kalau barang korang beli tu in large quantity and bayar in ringgit, lebih banyak berlakunya ralat yang merugikan. Jadi bayar dalam dong. Say NO to ringgit semasa di sana.

BUT. Of course kalau masuk ke kedai runcit yang macam 7Eleven tu, memang wajib buat bayaran in Dong. Ringgit tidak diterima - sebab itukan dikira semacam urusan rasmi gituw.

Tips 9.
Pergilah mana mana, asalkan negara selain dari Malaysia. Silalah buat benda ni ye. Supaya senang nak tengok nilai exchange rate. Okay?

Wajib ada - print pocket size okay.


Tips 10. 
Pada sesiapa sahaja yang kaki shopping tu, sila lah awal awal lagi buat belian maximum luggage ye.
Ingat, berat barang ke cabin hanyalah 7kg. Untung kalau travel in group dan ada sesiapa yang dalam group jenis tak shopping - mintak jugak dia belikan maximum kilos. Nanti karang pandai pandai la bayarkan kat kawan awak tu. Bukan ape, takut tengok barang murah murah dan habis semua barang awak beli. Tetiba excess luggage. Habislah. Terbang melayang duit Check Excess Luggage Fee Here
1kg charge usd$18. Jeng jeng jeng. So hati hati kalau shopping barang barang yang berat seperti baju, telekung, kasut sukan dan sebagainya.

Contoh - berat sehelai tudung Neolofar 0.16g. Kalau Neolofar Isabelle silang almost 0.25g. So pandai pandai buat bancian sendiri okeh.

Kalau hari kejadian, memang excess luggage, pandai pandai to ask around dekat orang orang Malaysia kita, kot kot la boleh tumpang luggage diorang. Jangan pulak pergi bayar, rugi tau. Tanya dekat mereka yang sedang beratur tu. Untung sabut timbul, untung kita, dapat lah menumpang pon jadi lah. Jangan nak malu sangat. Orang kita keeenn peramah. Ngeh ngeh ngeh.

Tips 11. 
Berapa malam ni nak stay? Terpulang. Pada yang kaki shopping stay la lama sikit. Pada yang bukan kaki shopping macam kakmona, rasanya 2 malam dah lebih dari cukup kot.

Oh, masa kat sana kakmona pegi ke ChuChi Tunnel sahaja. Saje la, nak tengok tempat bersejarah ken. Sungai Mekong kakmona tak pegi, sebab ade tourist bagitahu kawasan situ erk, berbau.
So, kakmona tak pegilah.

Tips 12. 
Korang tahu tak, barang kakmona shop 4 luggage. None of them kena check dengan custome Vietnam mahupun Custom Malaysia. Alhamdulillah. Doa banyak banyak la ye. InshaAllah, takde ape lah. Jangan takut. Cuma kalau travel ramai ramai lebih selamat. Pandai pandai agih agihkan bag tu pada kawan kawan yang lain. Okay. Lagi 1, orang Vietnam pesan. Isi barang dalam bag jangan isi sekali dengan plastik. Contohnya tudung; kena buang plastik tu. Tapi kakmona isi je semua sekali.
Doa banyak banyak supaya barang tak kena usik. Tak de ape, InshaAllah. Tapi, kalau korang nak tahu. Bagpack biasanya tak kena check/usik. Maybe, korang boleh isi barang dagangan korang dalam bagpack untuk lebih selamat. Walahualam.

Kakmona tak shop di Saigon Mall. Sebab barang barang di Saigon Mall price dia seems like double than harga kat pasar.

Okay! Rasanya cukup dah kot tips di atas ni. Alahai, kakmona bukan otai pun yang selalu ke sana.
Try korang rujuk dekat para para otai okay. Mesti diorang leh share tips yang menarik lagi. Tapi, teruja nak share dekat mereka yang belum pernah pergi supaya dapatla sedikit sebanyak tips kan.

So, selamat travel. Selamat cuci mata. Pergi Vietnam sila lah bawa apa apa hadiah buat kakmona okeh. Hehehe.

Nak bagi berapa bintang kat tips ni. Ada bintang tak? Ekekekekeke. Nak nulis lagi, tapi Miss M banyak sangat dalam kepala ni. Rasanya, InshaAllah tips kat atas dah okay kan.

Miss M - Miss Malas. Hehe !

Throwback pictures !
Tudung kualiti double thumbs up.









Alahai, Ju - On mak sorang ni !






Ikhlas,
Kakmona.
019 977 3737

PAGE:
Hayat Hijab Exclusive
The Shopaholic Couture
Barang Dagangan Dari Vietnam


2 comments:

  1. ala nampak miss lofa.. azie xdapat.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sobsssss. Azie, na nak pergi lagi and na nak collect order lebih awal. Azie nak join tak?

      Delete